::welcome lovElikEu::

::tQ cuz sudi jejalan kat acik nye blog ye::
::welcome::

Followers

::encik::

Friday, January 20, 2012

Bicara Hati

Salam korang jangan tertipu dengan tajuk entry acik ye. Bicara hati tu tajuk cerita yang tengah dok hot kat astro prima sekarang nie.orang cakap cerita nie bes. tapi memang diakui pom sangat best.Masa tengah-tengah dok alam remaja dulu acik sempat khatam kan novel bicara hati tu sampai 3 kali kut.sangat excited kan. tapi sekarang bila cerita tue dah ditayangkan terasa macam nak tengok sampai habes la kan. Sebab nak tahu kenapa??? Sebab acik dah lupa la jalan cerita dalam novel tue. Dan sekarang kalau nak cari balik novel tu mesti dah macam pisang goreng panas kan. Apa tak nya kalau cerita OMBAK RINDU tu laris macam bukan goreng panas cerita ni apatah lagi kan.Acik suka dengan penulis novel tu...apa nama erk Damya Hanna ..haaaa cantek nama dia..tuan dia mesti cantek jugak la kan.hehehe.

So korang nak tahu tak cerita tu macam mana? Jom ikoti kisah selanjut nya ya.

Bicara Hati mengisahkan tentang kisah cinta yang terbina daripada wang ringgit dan kuasa. Kisahnya bermula ketika terjadinya satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, yang mana Tengku Syahran dan Zahlia telah ditakdirkan untuk bertemu buat pertama kali. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran kerana Zahlia tidak mengenali dan tidak mungkin akan jatuh cinta dengannya. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia berasa dirinya tertipu dan seterusnya timbul konflik dalam rumah tangga mereka. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan? Ha anda kena saksikan sendiri pada 3 Januari 2012 ini. Kepada peminat novel ini mesti lagi teruja untuk menontonnya,bukan?Nantikan!
hehehehe best!!!


0 doakan acik sihat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...